Monday 17 October 2011

UCAPAN BAJET 2012

Oleh
YAB DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

KETIKA MEMBENTANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2012)

DI DEWAN RAKYAT PADA
JUMAAT 7 OKTOBER 2011

~ muka surat 42~

BELIA PENGGERAK MASA HADAPAN...

Tuan Yang di-Pertua

101.          Golongan belia adalah generasi yang menyumbangkan dan merelisasikan wawasan negara. Generasi muda perlu diperlengkap dengan latihan dan kemahiran bagi mempastikan peranan mereka dalam pembangunan negara. Untuk ini, Kerajaan akan memperuntukkan 320 juta ringgit bagi menjalankan perlbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program kepimpinan, daya tahan dan keusahawanan di peringkat daerah dan negeri termasuk sumbangan kepada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah.

102.          Apa yang diusahakan pada hari ini bukanlah untuk kita. Akan tetapi demi masa depan anak-anak kita. Potensi setiap golongan ini mestilah digembleng dan dioptimumkan, idealisme mereka mesti digilap, kreativiti mesti dipupuk dan bakat mereka dibajai untuk terus berkarya. Pujangga berpesan agar mendidik anak-anak sesuai dengan zaman mereka. Kalau kita dahulu ingin dilayan sesuai kehendak kita sebagai orang muda, begitu juga anak-anak zaman sekarang.

103.         Selaras dengan itu, Kerajaan juga sedar kekangan institusi yang ada kini dalam mengeluarkan bantuan kepaa idea-idea kreatif. Kita perlu bertanya, jika dengan stuktur pembiayaan sedia ada yang kaku dan tegar, adakah idea orang-orang seperti Bill Gates, mendiang Steve Jobs, Michael Dell, adik-beradik Wrights, Thomas Edison boleh berjaya? Lantaran, berapa banyak idea dan karya telah dibakul sampahkan yang berkemungkinan bernilai berbilion-bilion ringgit. Bertolak dari situ, Kerajaan prihatin terhadap suara dan nurani orang muda. Sebagai projek perintis, kita bersetuju yang menubuhkan syarikat modal teroka milik Kerajaan yang bernama MyCreative Venture Capital dengan dana permulaan 200 juta ringgit.

104.        Manakala sebanyak 200 juta ringgit lagi akan disediakan untuk latihan dan kemahiran belia yang tidak meneruskan pengajian persekolahan melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth atau SAY 1Malaysia. Skim ini akan menyediakan pelbagai jenis latihan kemahiran yang dikendalikan oleh institusi sedia ada seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, Institut Perindustrian dan Giat Mara. Semasa latihan pelatih akan diberi latihan praktikal di GLC dan syarikat swasta supaya mereka mudah mendapat pekerjaan.

1 comment:

  1. Baccarat - Everything You Need to Know
    A beginner's guide to the basics of 메리트 카지노 고객센터 Baccarat. This 바카라 사이트 beginner's guide is หารายได้เสริม all about how to play Baccarat online.

    ReplyDelete