Monday 31 October 2011

PELUANG MENJADI KELUARGA ANGKAT BAGI PROGRAM SSEAYP KALI KE 38

Kapal Fuji Maru akan singgah lagi di Malaysia pada tahun ini membawa belia dari negara ASEAN dan Jepun.Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun atau nama ringkasnya SSEAYP ialah program antarabangsa yang melibatkan 318 peserta belia dari pelbagai negara ASEAN dan Jepun belayar dan singgah di beberapa negara. Pelbagai aktiviti telah diatur untuk mereka di setiap negara termasuk AKTIVITI KELUARGA ANGKAT.Aktiviti ini merupakan pendedahan kepada peserta program SSEAYP untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat setempat di sesebuah negara. Peserta akan tinggal di rumah keluarga angkat selama 3 hari 2 malam dan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga angkat. Bagi tahun 2011, Kapal  Fuji Maru  akan singgah di Malaysia pada 28 November – 1 Disember 2011. Aktiviti keluarga angkat akan dilaksanakan pada 29 November – 1 Disember 2011.
Kami berbesar hati menjemput semua yang berminat (memenuhi kriteria) 
untuk menjadi keluarga angkat.

KRITERIA KELUARGA ANGKAT
1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Keluarga (terdiri daripada suami, isteri dan anak)
1.3 Sukarela untuk menyertai aktiviti Keluarga Angkat
1.4 Keluarga Angkat tinggal di sekitar di W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya 
dan Selangor (sekitar kawasan Lembah Klang seperti  Shah Alam, 
Petaling Jaya,  Subang Jaya,  Puchong,  Klang,  Pelabuhan Klang, 
Ampang,  Gombak, Selayang,  Cheras, Hulu Langat, Kajang, Bangi, 
Dengkil) SAHAJA

* Alamat selain daripada di atas TIDAK DITERIMA  – atas 
permintaan penganjur

Keluarga angkat yang memenuhi kriteria boleh mengisi borang yang disediakan dan 
fakskan ke 03-88888 761 sebelum atau pada 15 November 2011
Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia di talian 03-8871 3265/3277/3528












http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/SSEAYP.pdf

Wednesday 19 October 2011

Borang PPB 09

Contoh Borang PBB 09.


Borang PPB 009:-


1)      Merupakan Laporan Tahunan yang perlu dihantar setiap tahun selepas 60 hari Mesyuarat Agung dilaksanakan.


2)      Bahan lampiran bersama-sama Borang 009 ialah 

  • Senarai Jawatankuasa.
  • Laporan Aktiviti sepanjang tahun.
  • Penyata Kewangan
  • Minit Mesyuarat Agung Tahun Semasa.
(Kesemua perkara diatas perlu dihantar ke Ibu Pejabat 4B Malaysia terlebih dahulu untuk disahkan) 

Monday 17 October 2011

UCAPAN BAJET 2012

Oleh
YAB DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

KETIKA MEMBENTANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2012)

DI DEWAN RAKYAT PADA
JUMAAT 7 OKTOBER 2011

~ muka surat 42~

BELIA PENGGERAK MASA HADAPAN...

Tuan Yang di-Pertua

101.          Golongan belia adalah generasi yang menyumbangkan dan merelisasikan wawasan negara. Generasi muda perlu diperlengkap dengan latihan dan kemahiran bagi mempastikan peranan mereka dalam pembangunan negara. Untuk ini, Kerajaan akan memperuntukkan 320 juta ringgit bagi menjalankan perlbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program kepimpinan, daya tahan dan keusahawanan di peringkat daerah dan negeri termasuk sumbangan kepada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah.

102.          Apa yang diusahakan pada hari ini bukanlah untuk kita. Akan tetapi demi masa depan anak-anak kita. Potensi setiap golongan ini mestilah digembleng dan dioptimumkan, idealisme mereka mesti digilap, kreativiti mesti dipupuk dan bakat mereka dibajai untuk terus berkarya. Pujangga berpesan agar mendidik anak-anak sesuai dengan zaman mereka. Kalau kita dahulu ingin dilayan sesuai kehendak kita sebagai orang muda, begitu juga anak-anak zaman sekarang.

103.         Selaras dengan itu, Kerajaan juga sedar kekangan institusi yang ada kini dalam mengeluarkan bantuan kepaa idea-idea kreatif. Kita perlu bertanya, jika dengan stuktur pembiayaan sedia ada yang kaku dan tegar, adakah idea orang-orang seperti Bill Gates, mendiang Steve Jobs, Michael Dell, adik-beradik Wrights, Thomas Edison boleh berjaya? Lantaran, berapa banyak idea dan karya telah dibakul sampahkan yang berkemungkinan bernilai berbilion-bilion ringgit. Bertolak dari situ, Kerajaan prihatin terhadap suara dan nurani orang muda. Sebagai projek perintis, kita bersetuju yang menubuhkan syarikat modal teroka milik Kerajaan yang bernama MyCreative Venture Capital dengan dana permulaan 200 juta ringgit.

104.        Manakala sebanyak 200 juta ringgit lagi akan disediakan untuk latihan dan kemahiran belia yang tidak meneruskan pengajian persekolahan melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth atau SAY 1Malaysia. Skim ini akan menyediakan pelbagai jenis latihan kemahiran yang dikendalikan oleh institusi sedia ada seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, Institut Perindustrian dan Giat Mara. Semasa latihan pelatih akan diberi latihan praktikal di GLC dan syarikat swasta supaya mereka mudah mendapat pekerjaan.

Monday 10 October 2011

MAKLUMAN TARIKH MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG TAHUNAN..

Merujuk kepada MESYUARAT KERJA TERTINGGI Gerakan Belia 4B Malaysia bil1/2011 pada 13 Ogos 2011 memutuskan bahawa:-


Mesyuarat Perwakilan Agung Tahun

Kebangsaan         : 23, 24 dan 25 Disember 2011

Negeri                    : 23 November 2011

Kawasan               : 9 November 2011

Sunday 2 October 2011

JEMPUTAN-JEMPUTAN RUMAH TERBUKA SEPANJANG SYAWAL..

 Jamuan Raya Dato' Ali Rustam

Jamuan Raya Dato' Ali Rustam

Jamuan Raya Dato' Ali Rustam

Jamuan Raya Dato' Noh Omah

Jamuan Raya Dato' Noh Omah

Jamuan Raya Dato' Noh Omah

Jamuan Raya KBS

Jamuan Raya KBS

Jamuan Raya KBS

Jamuan Raya KBS

Jamuan Raya KBS

Jamuan Raya MBM

Jamuan Raya MBM

Jamuan Raya MBM

Jamuan Raya 4B Pulau Pinang

Jamuan Raya 4B Pulau Pinang

Jamuan Raya 4B Pulau Pinang

Jamuan Raya 4B Pulau Pinang