SALAM 1 BELIA 1 MALAYSIA.
.
BERGERAK!!! BERGERAK!!! BERGERAK!!!
1. Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan izin-Nya sekali lagi dapat kita bersama-sama hadir di Majlis yang penuh berkat ini. Saya juga gembira kerana Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini telah matang seiring dgn kesesuaian serta kehendak belia masa kini.
2. Setelah beberapa tahun, Majlis Tilawah Al-Quran ini telah menempuh berbagai-bagai perubahan dan perkembangan. Bukan hanya pertukaran tempat-tempat di mana majlis ini berlangsung, tetapi juga nama bagi majlis ini telah menerima penyesuaian dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, segala perkembangan yang berlaku memberikan nafas baru kepada acara tahunan GB4B ini dan terus mendapat sambutan. Ia juga tidak kurang memberi sumbangan dalam meninggikan syiar Islam di kalangan belia di negara ini. Maka tahun ini wujudlah Karnival Jalinan Mahabbah. Tahniah dan terima kasih kepada JAKIM, Global Wellness Foundation, Sekretariat 4B Malaysia, Para Juri , Urusetia Perlaksana Gerak Wanis, Gerak Dakwah, Gerak Kebudayaan, GB4B WP dan seterusnya peserta-peserta seluruh negara yg melibatkan penglibatan yg banyak iaitu Nasyid 10 negeri, Kompang 5 negeri, Puisi 6 negeri dan Perujian Al-Quran terdiri drpd qari 11 , qariah 11 negeri.
Hadirin yg di rahmati Allah sekalian,
3. Cita-cita untuk membentuk generasi al-Quran dan belia yg mencintai dan menjiwai Islam adalah suatu yang murni. 4B bukan hanya mahu melihat generasi yang berpendidikan tinggi, tetapi sebaliknya kita mahu melihat generasi yang dapat mengimbangi kemajuan `spiritual' bersama-sama kemajuan fizikal dan `material'. Kita akan pastikan 2020 nanti, budaya murni adalah tunggak kpd kemajuan negara. Dan Aspek sosial adalah menjadi keutamaan, di samping mengejar kejayaan dan kemajuan ekonomi dan politik.
4. Di zaman pembangunan, termasuk zaman ledakan maklumat ini, agama menjadi lebih penting daripada di zaman maklumat terhad dahulu. Sebabnya ialah di samping maklumat yang membina, ada juga maklumat yang diterima hari ini bukan sahaja boleh melemah dan mengelirukan, tetapi boleh merosakkan akhlak
dan budaya masyarakat. Ajaran agama dapat menjadi benteng untuk melindung kita daripada kesan buruk maklumat yang tidak baik. Dengan itu, masyarakat kita akan terselamat dan akan terus membangun dan menjadi kuat. Di masa yang sama, masyarakat Islam yang kuat dan maju akan dapat membantu menghapuskan anggapan bahawa Islam menjadi halangan terhadap kemajuan.
5. Jika kita kembali kepada ajaran Al-Quran mengenai pentingnya kita mampu mempertahankan diri kita, tentulah kita akan mengejar ilmu dan kemajuan yang akan membolehkan kita menyediakan segala alat untuk mempertahankan diri kita. Kita juga akan diperingati oleh Al-Quran bagaimana kemiskinan itu
boleh melemahkan aqidah kita. Kita juga akan diperingati bahawa orang Islam itu adalah bersaudara dan bukan musuh yang harus berperang setiap masa. Kita juga akan menolak keterlaluan dalam semua gerak-geri kita. Pendek kata, banyak pelajaran berkenaan dengan Ad-din atau cara hidup yang boleh dipelajari daripada al-Quran.
Tidaklah salah jika dikatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam sekarang adalah
kerana membelakangkan ajaran al-Quran dan mengutamakan ajaran dan tafsiran orang tertentu yang berkepentingan yang lebih mengutamakan agenda mereka daripada ajaran al-Quran. Oleh itu 4B Malaysia diseru untuk membawa mesej penyatuan, dalam keluarga, saf kepimpinan dsb. Ketepikan perkara remeh yang membawa perpecahan sebaliknya fokus kepada bagaimana untuk menambah baik diri, keluarga dan negara.
Sahabat2, sidang hadirin yg dirahmati Allah ,
6. Karnival Jalinan Mahabbah GB4B Malaysia bertujuan untuk membaca ayat-ayat al- Quran, nasyid, puisi dan paluan kompang bukan semata-mata untuk menjadi halwa telinga tetapi lebih penting daripada itu, ialah mengikuti penjelasan makna ayat-ayat ini supaya ia menjadi pengajaran kepada kita semua. Mudah-mudahan kita akan lebih faham agama kita dan mematuhi ajaran Islam supaya Islam betul-betul menjadi Ad-din.
7. Dengan harapan ini dan dengan kalimah Bismillahirrahmanir rahim, saya merasmikan KARNIVAL JALINAN MAHABBAH GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA 2011.
Sekian...
No comments:
Post a Comment