Monday, 31 October 2011

PELUANG MENJADI KELUARGA ANGKAT BAGI PROGRAM SSEAYP KALI KE 38

Kapal Fuji Maru akan singgah lagi di Malaysia pada tahun ini membawa belia dari negara ASEAN dan Jepun.Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun atau nama ringkasnya SSEAYP ialah program antarabangsa yang melibatkan 318 peserta belia dari pelbagai negara ASEAN dan Jepun belayar dan singgah di beberapa negara. Pelbagai aktiviti telah diatur untuk mereka di setiap negara termasuk AKTIVITI KELUARGA ANGKAT.Aktiviti ini merupakan pendedahan kepada peserta program SSEAYP untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat setempat di sesebuah negara. Peserta akan tinggal di rumah keluarga angkat selama 3 hari 2 malam dan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga angkat. Bagi tahun 2011, Kapal  Fuji Maru  akan singgah di Malaysia pada 28 November – 1 Disember 2011. Aktiviti keluarga angkat akan dilaksanakan pada 29 November – 1 Disember 2011.
Kami berbesar hati menjemput semua yang berminat (memenuhi kriteria) 
untuk menjadi keluarga angkat.

KRITERIA KELUARGA ANGKAT
1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Keluarga (terdiri daripada suami, isteri dan anak)
1.3 Sukarela untuk menyertai aktiviti Keluarga Angkat
1.4 Keluarga Angkat tinggal di sekitar di W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya 
dan Selangor (sekitar kawasan Lembah Klang seperti  Shah Alam, 
Petaling Jaya,  Subang Jaya,  Puchong,  Klang,  Pelabuhan Klang, 
Ampang,  Gombak, Selayang,  Cheras, Hulu Langat, Kajang, Bangi, 
Dengkil) SAHAJA

* Alamat selain daripada di atas TIDAK DITERIMA  – atas 
permintaan penganjur

Keluarga angkat yang memenuhi kriteria boleh mengisi borang yang disediakan dan 
fakskan ke 03-88888 761 sebelum atau pada 15 November 2011
Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia di talian 03-8871 3265/3277/3528












http://www.kbs.gov.my/dokumen2011/SSEAYP.pdf

Wednesday, 19 October 2011

Borang PPB 09

Contoh Borang PBB 09.


Borang PPB 009:-


1)      Merupakan Laporan Tahunan yang perlu dihantar setiap tahun selepas 60 hari Mesyuarat Agung dilaksanakan.


2)      Bahan lampiran bersama-sama Borang 009 ialah 

  • Senarai Jawatankuasa.
  • Laporan Aktiviti sepanjang tahun.
  • Penyata Kewangan
  • Minit Mesyuarat Agung Tahun Semasa.
(Kesemua perkara diatas perlu dihantar ke Ibu Pejabat 4B Malaysia terlebih dahulu untuk disahkan) 

Monday, 17 October 2011

UCAPAN BAJET 2012

Oleh
YAB DATO' SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN

KETIKA MEMBENTANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2012)

DI DEWAN RAKYAT PADA
JUMAAT 7 OKTOBER 2011

~ muka surat 42~

BELIA PENGGERAK MASA HADAPAN...

Tuan Yang di-Pertua

101.          Golongan belia adalah generasi yang menyumbangkan dan merelisasikan wawasan negara. Generasi muda perlu diperlengkap dengan latihan dan kemahiran bagi mempastikan peranan mereka dalam pembangunan negara. Untuk ini, Kerajaan akan memperuntukkan 320 juta ringgit bagi menjalankan perlbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program kepimpinan, daya tahan dan keusahawanan di peringkat daerah dan negeri termasuk sumbangan kepada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah.

102.          Apa yang diusahakan pada hari ini bukanlah untuk kita. Akan tetapi demi masa depan anak-anak kita. Potensi setiap golongan ini mestilah digembleng dan dioptimumkan, idealisme mereka mesti digilap, kreativiti mesti dipupuk dan bakat mereka dibajai untuk terus berkarya. Pujangga berpesan agar mendidik anak-anak sesuai dengan zaman mereka. Kalau kita dahulu ingin dilayan sesuai kehendak kita sebagai orang muda, begitu juga anak-anak zaman sekarang.

103.         Selaras dengan itu, Kerajaan juga sedar kekangan institusi yang ada kini dalam mengeluarkan bantuan kepaa idea-idea kreatif. Kita perlu bertanya, jika dengan stuktur pembiayaan sedia ada yang kaku dan tegar, adakah idea orang-orang seperti Bill Gates, mendiang Steve Jobs, Michael Dell, adik-beradik Wrights, Thomas Edison boleh berjaya? Lantaran, berapa banyak idea dan karya telah dibakul sampahkan yang berkemungkinan bernilai berbilion-bilion ringgit. Bertolak dari situ, Kerajaan prihatin terhadap suara dan nurani orang muda. Sebagai projek perintis, kita bersetuju yang menubuhkan syarikat modal teroka milik Kerajaan yang bernama MyCreative Venture Capital dengan dana permulaan 200 juta ringgit.

104.        Manakala sebanyak 200 juta ringgit lagi akan disediakan untuk latihan dan kemahiran belia yang tidak meneruskan pengajian persekolahan melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia atau Strategic Action for Youth atau SAY 1Malaysia. Skim ini akan menyediakan pelbagai jenis latihan kemahiran yang dikendalikan oleh institusi sedia ada seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, Institut Perindustrian dan Giat Mara. Semasa latihan pelatih akan diberi latihan praktikal di GLC dan syarikat swasta supaya mereka mudah mendapat pekerjaan.

Monday, 10 October 2011

MAKLUMAN TARIKH MESYUARAT PERWAKILAN AGUNG TAHUNAN..

Merujuk kepada MESYUARAT KERJA TERTINGGI Gerakan Belia 4B Malaysia bil1/2011 pada 13 Ogos 2011 memutuskan bahawa:-


Mesyuarat Perwakilan Agung Tahun

Kebangsaan         : 23, 24 dan 25 Disember 2011

Negeri                    : 23 November 2011

Kawasan               : 9 November 2011

Sunday, 2 October 2011

JEMPUTAN-JEMPUTAN RUMAH TERBUKA SEPANJANG SYAWAL..

 Jamuan Raya Dato' Ali Rustam

Jamuan Raya Dato' Ali Rustam

Jamuan Raya Dato' Ali Rustam

Jamuan Raya Dato' Noh Omah

Jamuan Raya Dato' Noh Omah

Jamuan Raya Dato' Noh Omah

Jamuan Raya KBS

Jamuan Raya KBS

Jamuan Raya KBS

Jamuan Raya KBS

Jamuan Raya KBS

Jamuan Raya MBM

Jamuan Raya MBM

Jamuan Raya MBM

Jamuan Raya 4B Pulau Pinang

Jamuan Raya 4B Pulau Pinang

Jamuan Raya 4B Pulau Pinang

Jamuan Raya 4B Pulau Pinang

Wednesday, 17 August 2011

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN 4B MALAYSIA SEMPENA KARNIVAL JALINAN MAHABBAH 2011

SALAM 1 BELIA 1 MALAYSIA.
.





BERGERAK!!! BERGERAK!!! BERGERAK!!!

1. Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan izin-Nya sekali lagi dapat kita bersama-sama hadir di Majlis yang penuh berkat ini. Saya juga gembira kerana Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ini telah matang seiring dgn kesesuaian serta kehendak belia masa kini.

2. Setelah beberapa tahun, Majlis Tilawah Al-Quran ini telah menempuh berbagai-bagai perubahan dan perkembangan. Bukan hanya pertukaran tempat-tempat di mana majlis ini berlangsung, tetapi juga nama bagi majlis ini telah menerima penyesuaian dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, segala perkembangan yang berlaku memberikan nafas baru kepada acara tahunan GB4B ini dan terus mendapat sambutan. Ia juga tidak kurang memberi sumbangan dalam meninggikan syiar Islam di kalangan belia di negara ini. Maka tahun ini wujudlah Karnival Jalinan Mahabbah. Tahniah dan terima kasih kepada  JAKIM, Global Wellness Foundation, Sekretariat 4B Malaysia, Para Juri , Urusetia Perlaksana Gerak Wanis, Gerak Dakwah, Gerak Kebudayaan, GB4B WP dan seterusnya peserta-peserta seluruh negara yg melibatkan penglibatan yg banyak iaitu Nasyid 10 negeri, Kompang 5 negeri, Puisi 6 negeri dan Perujian Al-Quran terdiri drpd qari 11 , qariah 11 negeri.

Hadirin yg di rahmati Allah sekalian,

3. Cita-cita untuk membentuk generasi al-Quran dan belia yg mencintai dan menjiwai Islam adalah suatu yang murni. 4B bukan hanya mahu melihat generasi yang berpendidikan tinggi, tetapi sebaliknya kita mahu melihat generasi yang dapat mengimbangi kemajuan `spiritual' bersama-sama kemajuan fizikal dan `material'. Kita akan pastikan 2020 nanti, budaya murni adalah tunggak kpd kemajuan negara. Dan Aspek sosial adalah menjadi keutamaan, di samping mengejar kejayaan dan kemajuan ekonomi dan politik.

4. Di zaman pembangunan, termasuk zaman ledakan maklumat ini, agama menjadi lebih penting daripada di zaman maklumat terhad dahulu. Sebabnya ialah di samping maklumat yang membina, ada juga maklumat yang diterima hari ini bukan sahaja boleh melemah dan mengelirukan, tetapi boleh merosakkan akhlak
dan budaya masyarakat. Ajaran agama dapat menjadi benteng untuk melindung kita daripada kesan buruk maklumat yang tidak baik. Dengan itu, masyarakat kita akan terselamat dan akan terus membangun dan menjadi kuat. Di masa yang sama, masyarakat Islam yang kuat dan maju akan dapat membantu menghapuskan anggapan bahawa Islam menjadi halangan terhadap kemajuan.

5. Jika kita kembali kepada ajaran Al-Quran mengenai pentingnya kita mampu mempertahankan diri kita, tentulah kita akan mengejar ilmu dan kemajuan yang akan membolehkan kita menyediakan segala alat untuk mempertahankan diri kita. Kita juga akan diperingati oleh Al-Quran bagaimana kemiskinan itu
boleh melemahkan aqidah kita. Kita juga akan diperingati bahawa orang Islam itu adalah bersaudara dan bukan musuh yang harus berperang setiap masa. Kita juga akan menolak keterlaluan dalam semua gerak-geri kita. Pendek kata, banyak pelajaran berkenaan dengan Ad-din atau cara hidup yang boleh dipelajari daripada al-Quran.

Tidaklah salah jika dikatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh umat Islam sekarang adalah
kerana membelakangkan ajaran al-Quran dan mengutamakan ajaran dan tafsiran orang tertentu yang berkepentingan yang lebih mengutamakan agenda mereka daripada ajaran al-Quran. Oleh itu 4B Malaysia diseru untuk membawa mesej penyatuan, dalam keluarga, saf kepimpinan dsb. Ketepikan perkara remeh yang membawa perpecahan sebaliknya fokus kepada bagaimana untuk menambah baik diri, keluarga dan negara.


Sahabat2, sidang hadirin yg dirahmati Allah ,

6. Karnival Jalinan Mahabbah GB4B Malaysia bertujuan untuk membaca ayat-ayat al- Quran, nasyid, puisi dan paluan kompang bukan semata-mata untuk menjadi halwa telinga tetapi lebih penting daripada itu, ialah mengikuti penjelasan makna ayat-ayat ini supaya ia menjadi pengajaran kepada kita semua. Mudah-mudahan kita akan lebih faham agama kita dan mematuhi ajaran Islam supaya Islam betul-betul menjadi Ad-din.

7. Dengan harapan ini dan dengan kalimah Bismillahirrahmanir rahim, saya merasmikan KARNIVAL JALINAN MAHABBAH GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA 2011.



Sekian...

KARNIVAL JALINAN MAHABBAH 2011


Anjuran 
Gerakan Belia 4B Malaysia
Dengan Kerjasama
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

  • Gerak Dakwah
  • Gerak Wanis
  • Gerak Kesenian dan Kebudayaan
  • Gerak Korporat
Pertandingan Nasyid, Kompang, Puisi Ketuhanan dan Perujian Tilawah Al-Quran.

Persedian Program :-


> Mesyuarat Bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) <




Dipengerusikan Oleh Tim. Ketua Pengarah JAKIM ( Bah. Pemb. Insan )











Lawatan Tempat Pertandingan.






SUA turut hadir bagi melihat kesesuaian tempat.









Monday, 15 August 2011

PERJALANAN KEMBARA INDAHNYA RAMADHAN...

KEMBARA INDAHNYA RAMADHAN
Anjuran
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ( Biro Penggerak Belia )
Bersama 
Gerakan Belia 4B Malaysia ( Gerak Wanis )



Pelancaran Di Laksanakan di Seremban..
Pelancaran Disempurnakan di Negeri Sembilan








Konvoi yang terlibat semasa Kembara Indahnya di Ramadhan di Negeri Sembilan





Ikon Gerak Wanis GB4B Malaysia turut bersama-sama menyertai kembara ini.




Menziarahi dan menyampaikan bantuan pertama di Negeri Sembilan
MKT yang terlibat.



























Monday, 8 August 2011

KARNIVAL JALINAN MAHABBAH



Pertandingan Nasyid, Tilawah Al-Quran, Puisi Ketuhanan dan Kompang.

Tarikh :- 12 - 14 Ogos 2011
Tempat :- Masjid Wilayah Persekutuan.
Masa :- 10.00 Pagi hingga 7.30 Petang













Wednesday, 3 August 2011

Salam 1 Belia 1 Malaysia....

Pembuka Bicara..

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...

Assalamualaikum w.b.t. dan  Salam 1 Belia 1 Malaysia....

Sambutlah salam kata-kata keramat Gerakan Belia 4B " BERGERAK!!!"

Alhamdulillah, keberkatan dari Ilahi bersempana Ramadhan bulan mulia, dapat juga dilancarkan blog ini walaupun masih lagi dalam serba kekurangan.
Memandangkan blog merupakan trend masa kini belia dan remaja, justeru Gerakan Belia 4B Malaysia juga seboleh mungkin tidak mahu ketinggalan zaman diarus permodenan ini.
Diharap dengan adanya blog ini, para pengunjung, akan mendapat manfaat dan informasi-informasi terkini tentang Gerakan Belia 4B Malaysia..

Bersatu, Belajar, Bekerja & Berkhidmat..